Senarai Maharaja Melayu di Dharmasraya

Aku dapati bahawa senarai maharaja Melayu yang bersemayam di Dharmasraya dan Pagar Ruyung hanya seramai tiga (3) orang sahaja.

  • Srimat Trailokya-raja Mauli-bhusana-varmadeva, disebut dalam Prasasti Grahi 1183 M yang ditemui di Grahi di Chaiya, wilayah Surat Thani, Thailand
  • Srimat Tri-bhuvana-raja Mauli-varmadeva, disebut dalam Prasasti Padang Roco 1286 M yang ditemui di Siguntur dalam kabupaten Dharmasraya 
  • Srimat Sri Udayadityavarman Pratapa-parakrama-rajendra-Mauli-varmadeva, disebut dalam Prasasti Amoghapasa 1347 dan Prasasti I Kuburajo Pagar Ruyung dalam Kabupaten Tanah Datar 

Senarai ini boleh bertambah atau berkurangan sekiranya terdapat penemuan arkeologi yang terbaru dibuat oleh ahli arkeologi.