Bahasa Indo-Arya Pertengahan atau bahasa India Pertengahan, kadangkala disebut juga sebagai bahasa Prakrit, adalah merupakan tahap pertengahan bagi bahasa India dalam kelompok bahasa Indo-Arya. Bahasa-bahasa ini adalah turunan kepada Bahasa Indo-Arya Lama (OIA; disaksikan menerusi bahasa Sanskrit Veda) dan cikal bakalnya iaitu bahasa Indo-Arya Moden seperti bahasa Hindustan iaitu bahasa Hindi-Urdu, bahasa Bengali dan bahasa Punjabi.
Tahap bahasa Indo-Arya Pertengahan (MIA) difikirkan merentangi haris masa antara 600 SM hingga 1000 M dan selalunya dibahagikan kepada tiga pula iaitu:
- Tahap awal yang diwakili oleh bahasa Ardhamagadhi dalam Piagam Asoka (c. 250 SM) dan kitab Agama Jain, serta bahasa Pali dalam kitab Tripitaka penganut Buddha.
- Tahap pertengahan diwakili oleh pelbagai kesusasteraan Prakrit, terutamanya, bahasa Prakrit Sauraseni, bahasa Prakrit Maharashtra dan bahasa Prakrit Magadha. Istilah Prakrit ini selalunya dipakai untuk bahasa Indo-Arya Pertengahan yang mana prakrta bermaksud, "semulajadi", yang berlawanan dengan samskrta, yang bermaksud "digilap" atau "dibina". Sarjana moden seperti Michael C. Shapiro mengikut pengelasan ini dengan memasukkan bahasa Indo-Arya Pertengahan di bawah payung "Prakrit", manakala sarjana lain pula menekankan perkembangan tersendiri bahasa-bahasa ini, selalunya dipisahkan daripada bahasa Sanskrit melalui perbezaan sosial serta geografi.
- Tahap terakhir, diwakili oleh Apabhramsa pada abad ke-6 M, kemudiannya diikuti oleh bahasa Indo-Arya Moden seperti bahasa Braja.
Bahagian berikut pula membicarakan lebih lanjut lagi mengenai bahasa Prakrit di benua kecil India.
Akhir sekali, mohon dipancangkan segala rujukan bagi memudahkan pengajian lanjut dijalankan oleh penyelidik bahasa ini.