Sarjana moden menggunakan istilah "Prakrit" bagi merujuk dua konsep iaitu:
- Bahasa Prakrit sebagai sekumpulan bahasa kesusasteraan yang saling berkait rapat; dan
- Salah satu daripada bahasa Prakrit yang digunakan untuk menjadi bahasa asas dalam penyampaian puisi.
Sesetengah sarjana moden memasukkan semua bahasa Indo-Arya Pertengahan di bawah payung "Prakrit" manakala yang lain pula menekankan perkembangan bahasa itu secara sendirian, selalunya dipisahkan daripada sejarah bahasa Sanskrit melalui pembezaan jati, agama dan geografi penuturnya.
Definisi meluas bagi penggunaan istilah "Prakrit" untuk menjelaskan mengenai bahasa Indo-Arya yang melencong daripada bahasa Sanskrit dari pelbagai sudut. Andrew Ollett, sarjana Amerika menunjukkan bahawa definisi yang tidak memuaskan hati ini menyebabkan "Prakrit" merangkumi istilah bagi bahasa yang tidak pernah pun sebenarnya digelar sebagai bahasa Prakrit di India purba, seperti:
- Bahasa Prakrit Asoka, iaitu bentuk bahasa yang digunakan dalam prasasti Asoka
- Bahasa Prakrit yang dilabelkan sebagai, "bahasa Prakrit Tugu", "bahasa Prakrit Lena" atau "loghat Candi"
- Bahasa Prakrit Sinhala, yang digunakan bagi melabelkan bahasa Prakrit dalam prasasti di Sri Lanka
- Bahasa Pali, iaitu bahasa yang digunakan dalam kitab agama Buddha aliran Theravada
- Bahasa Sanskrit Campuran yang digunakan oleh penganut agama Buddha aliran Mahayana
- Bahasa Gandhara, bahasa yang terdapat dalam lembaran kulit kayu Betula di rantau yang merentangi Afghanistan hingga Xinjiang di China
- Bahasa Kannada, yang mana salah satu prasasti Chalukya menjelaskan bahawa bahasa Kannada adalah sejenis bahasa Prakrit.
- Bahasa Prakrit Seni Lakonan yang digunakan dalam pementasan lakonan, dan sebagai bahasa kedua. Nama bagi bahasa ini menunjukkan perkaitan rantaunya contohnya, bahasa Saurasena, bahasa Magadha, dan bahasa Avanti walaupun perkaitan ini semuanya bersifat penamaan.
- Bahasa Prakrit Asas iaitu bahasa yang digunakan sebagai bahasa asas untuk sastera klasik seperti Gaha Sattasai. Hal ini termaksuklah, bahasa Prakrit Maharashtra atau "Prakrit par exellence" yang menurut Kavya-darsa oleh Dandin, terkenal di rantau Maharashtra, dan digunakan bagi mengarang puisi seperti Ravana-vaho atau Setubandha.
Menurut Shreyansh Kumar Jain Shastri dan A.C. Woolner, sarjana bahasa Sanskrit dan bahasa Prakrit, bahasa Ardhamagadha atau bahasa Prakrit Magadha, yang digunakan secara meluas bagi menulis sastera agama Jain, selalu juga dianggap sebagai bentuk tepat bagi bahasa Prakrit, manakala yang lain menganggap bahasa ietu sebagai kepelbagaian bagi bahasa Prakrit. Ahli tatabahasa bahasa Prakrit akan mempersembah tatabahasa bahasa Ardhamagadha dahulu, kemudian mereka akan mendefinisikan tatabahasa lain yang berkaitan dengannya. Bagi sebab ini, kursus yang mengajar 'bahasa Prakrit' dianggap juga sebagai pengajaran bahasa Ardhamagadha.