Etimologi Perkataan Prakrta

Hampir semua ahli tatabahasa prakrit tempatan mengenalpasti prakrta sebagai dinamakan sebegitu kerana bahasa-bahasa tersebut berasal dari bahasa prakrti atau bahasa sumber, iaitu bahasa Sanskrit. Makanya, nama prakrta itu menunjukkan bahawa bahasa-bahasa itu bergantung asal usulnya kepada bahasa Sanskrit dan bukan sendirinya prakrti atau bahasa yang asal.

Menurut kitab Prakrta Prakasa, kitab tatababahasa bahasa Prakrit purba, "Samskrtam itu adalah prakrti atau sumber - dan bahasa yang berasal dalam, atau terbit daripadanya itu, prakrti, sayogianyalah ia digelar prakrtam."

Hemachandra, seorang ahli tatabahasa beragama Jain yang tinggal di Gujarat semasa abad ke-10 masihi menulis dalam kitab tatabahasanya bahawa Sanskrit dan Prakrit itu dinamakan sebagai Siddha-hema-sabdanusasana, yang memberikan definisi kepada asal usul prakrit itu terbit dari samskrit, "prakrtih samskartam, tatrabhavam tata agatam va prakrtam," ertinya, bahasa Sanskrit itu adalah prakrti, lalu prakrta itu diberikan nama kepada sesuatu yang terbit atau datang dari Samskrit.