Bahasa Indo-Arya selalunya dibahagikan kepada tiga jenis bahasa iaitu:
- Bahasa Indo-Arya Lama
- Bahasa Indo-Arya Pertengahan
- Bahasa Indo-Arya Moden Awal dan bahasa Indo-Arya Moden
Pembahagian ini mencerminkan tahap perkembangan lingustik bahasa ini, berbanding dengan hanya terikat kepada kronologinya sahaja.
Bahasa Indo-Arya Pertengahan adalah lebih muda jika dibandingkan dengan bahasa Indo-Arya Lama. Namun ia bersifat semasa pula dengan bahasa Sanskrit Klasik, iaitu bahasa Indo-Arya Lama yang digunakan bagi tujuan kesusasteraan.
Menurut Thomas Oberlies, sejumlah ciri morfologi dan leksikal dalam bahasa Indo-Arya Pertengahan menunjukkan bahawa ia bukan turunan langsung dari bahasa Sanskrit Veda. Sebaliknya, ia berasal dari loghat lain yang dalam beberapa keadaan lebih tua daripada bahasa Sanskrit Veda.
Fasa Awal Bahasa Prakrit
Fasa awalnya adalah seperti yang berikut:
- Bahasa Prakrit zaman Asoka, loghat rantau pada abad ke-3 SM;
- Bahasa Gandhara, bahasa kitab agama Buddha;
- Bahasa Pali, bahasa kitab agama Buddha; dan
- Bahasa Ardhamagadha Awal, bahasa dalam sutra tertua agama Jain.
Fasa Pertengahan Bahasa Prakrit
Fasa pertengahannya bermula dari 200 SM hingga 700 M adalah seperti berikut:
- Bahasa Prakrit Niya;
- Bahasa Ardhamagadha, kitab agama Jain lanjut;
- Bahasa Prakrit Lakonan semasa zaman Maurya terbahagi kepada bahasa Magadha, bahasa Maharasthra dan bahasa Saurasena;
- Bahasa Prakrit Sinhala; dan
- Bahasa Sanskrit Campuran dalam sastera agama Buddha yang seterusnya.
Fasa kemudian diwakili oleh perkembangan bahasa Apabhramsa antara 700 M hingga 1,500 M:
- Bahasa Apabhramsa Magadha atau bahasa Abahatta.