Di Asia Tenggara, istilah Suvarnabhumi digunakan sebagai toponim atau nama peta yang muncul dalam kesusasteraan India purba serta sastera Buddha seperti Mahavamsa, kitab Jataka, Milinda Panha dan Ramayana.
Walaupun lokasi sebenar Suvarnabhumi ini tidak diketahui dan masih lagi diperdebatkan dalam arena akademik, ia digambarkan sebagai pusat perdagangan di seberang Lautan India yang menjadi tumpuan pedagang dari kota pelabuhan kaya raya seperti Basra, Ubullah, dan Siraf melalui Muscat, Malabar, Sri Lanka, kepulauan Nicobar, Kedah dan melalui Selat Melaka ke Suvarnabhumi.
Ian Glover, Emeritus Reader dalam Southeast Asian Archeology di Universiti London, berkata bahawa, "Umumnya menerima bahawa pada abad ke-21 masihi, Suvarnabhumi seperti yang dilaporkan dalam sastera awal India tidak mempunyai lokasi yang khusus yang boleh ditandakan dalam peta. Sebaliknya, Suvarnabhumi ini adalah satu lokasi yang dicetuskan oleh idea, mungkin setara dengan Atlantis dalam sejarah Barat, tempat yang jauh ke timur India yang mana pedagang, kelasi pelayar dan guru Hindu serta Buddha ke sana untuk mendapatkan kemewahan, menyebarkan ajaran agama mereka dan membawa pulang bahan-bahan eksotik yang diinginkan oleh kelompok orang kaya atau elit di tempat asal mereka."