Pensejarahan Suvarnabhumi


Suvarnabhumi bermaksud, "tanah emas", atau "tanah keemasan" dan sumber purba mengaitkan hal ini dengan salah satu daripada kepelbagaian kawasan di sekitar Asia Tenggara. Istilah ini mungkin menjadi sumber bagi konsep Barat mengenai Aurea Regio dalam Trans-Gangetic India atau India beyond the Ganges karya Claudius Ptolemy dan Golden Chersonese oleh pelayar serta ahli geografi dari Yunani dan Rom.

Karya Periplus of the Erythraean Sea merujuk kepada Tanah Emas, Chryse, dan menggambarkannya sebagai "satu pulau di lautan, hujungnya mengunjur ke timur di dunia yang berpenghuni, terbentang di bawah matahari terbit, digelarlah sebagai Chryse ... Melepasi negara ini ... terbentang kota yang amat hebat disebut sebagai Thina". Dionysus Periegetes menyebut bahawa, "Pulau Chryse (Emas) ini, terletak di tempat terbitnya matahari".

Atau, seperti yang dicatitkan oleh Priscian dalam ulasan karya Periegetes, "jika kapal kamu ... membawa kamu ke arah timbulnya matahari lalu melontarkan cahaya yang suam-suam, maka kamu akan melihat Pulau Emas dengan tanahnya yang sumber." Avenius merujuk kepada Insula Aurea atau Pulau Emas itu terletak di kawasan di mana, "laut Scythia berada dalam waktu Subuh".

Joseph dalam ulasannya mengenai "Aurea Chersonesus", yang mana beliau menyamakannya dengan Ophir dalam kitab Bible, di mana kapal dari Sur dan Israel membawa pulang emas untuk dilonggokkan di Rumah Ibadat Jerusalem. Kota Thina yang dijelaskan oleh Ptolemy dalam karya Geography sebagai ibu kota negara di pantai timur Magnus Sinus atau Teluk Siam.

Gambar di atas adalah peta yang dihasilkan oleh Andreas Walsperger sekitar tahun 1448 mengenai Crisa dan Aurea, Kepulauan Emas, berdekatan dengan Aurea Chersonese, Semenanjung Emas, dekat dengan Jawa di Lautan Hindi.