Kerajaan Srivijaya

Srivijaya adalah sebuah kerajaan kelautan yang mencapai taraf empayar dan terletak di Pulau Sumatra. Pulau Sumatra kini membentuk sebahagian daripada Republik Indonesia. Srivijaya mempengaruhi banyak kawasan di Asia Tenggara. Ia menjadi pusat penting bagi pelebaran ajaran Buddha dari abad ke-7 masihi hinggalah ke abad ke-11 masihi. Ia menjadi entiti politik pertama yang mendominasi kawasan maritim barat Asia Tenggara. Oleh kerana kedudukannya itu, Srivijaya membangunkan teknologi yang rumit bagi memperguna hasil laut di sekelilingnya. Tambahan pula, ekonominya sangat bergantung kepada aktiviti perdagangan sehingga ia menjadi satu eknomi yang berasaskan kepada perdagangan barangan berprestij pada ketika itu.

Demikianlah adanya maklumat mengenai Kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara. Maklumat akan berubah-ubah mengikut pengkajian sejarah dan penemuan arkeologi. Oleh itu, dilarang menggunapakai bahagian ini sebagai rujukan yang dipercayai. Terima kasih.