Jainisme

Jainisme dikenali juga sebagai Jain Dharma merupakan sebuah agama dari benua kecil India yang mengajarkan jalan menuju kesucian rohani dan pencerahan melalui ahimsa iaitu disiplin tanpa kekerasan terhadap semua makhluk hidup. Tradisi ini dipandu secara rohani oleh dua puluh empat orang thirthankara iaitu pemandu jalan, guru yang menakluki kitaran kelahiran semula dan mencapai kevala jnana atau pengetahuan menyeluruh.

Inti istilah Jain berasaskan kepada tiga teras susila iaitu:

  • ahiṃsā iaitu tanpa kekerasan
  • anekāntavāda iaitu tidak mutlak atau realiti pelbagai sisi
  • aparigraha iaitu tidak memiliki sesuatu pun atau tidak terikat dengan duniawi

Matlamat rohani tertinggi dalam Jainisme ialah mencapai moksha iaitu keselamatan melalui pembebasan daripada karma. Namun, prinsip susila ini secara sejarahnya membentuk satu komuniti terkenal dengan kadar celik huruf yang tinggi, memegang peranan yang dipercayai dalam perdagangan serta mempunyai budaya kesarjanaan mereka yang tersendiri.

Bagi rujukan umum dan juga bahan bacaan untuk rujukan, bolehlah klik di "Jainisme" yang akan membawa anda ke ensiklopedia dalam talian terbesar iaitu Wikipedia. Berilah juga sokongan kepada Wikipedia untuk membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai sesuatu idea atau hal di dunia. Terima kasih.