Matlamat penyelamatan bagi para pertapa Jain ialah mencapai moksha atau keselamatan. Manakala bagi kebanyakan orang awam Jain pula ialah mengumpulkan karma baik sebaik mungkin bagi mencapai kelahiran semula di alam yang lebih baik dan melangkah lebih dekat kepada moksha. Penyucian jiwa dan pembebasan boleh dicapai melalui ratnatraya iaitu tiga permata seperti berikut:
- samyak darśana atau pandangan benar atau kepercayaan terhadap ajaran Jain serta kitab sucinya khususnya tujuh tattva.
- samyak jñāna atau pengetahuan benar dan kefahaman terhadap ajaran Jain khususnya tentang jiwa atau diri dan ajiwa atau bukan diri.
- samyak cāritra atau kelakuan benar, tingkah laku yang selari dengan ajaran dan lima ikrar
Teks sastera Jain sering menambah samyak tapas iaitu pertapaan yang benar sebagai permata keempat. Ia menekankan kepada kepercayaan bahawa amalan pertapaan ialah jalan menuju kepada moksha atau keselamatan. Kempat-empat permata ini disebut juga sebagai Moksha Marga atau Jalan Keselamatan.
Inti pati ajaran Jain diringkaskan juga dalam tiga prinsip yang utama iaitu:
- ahiṃsā sebarang tindakan diambil itu haruslah tanpa kekerasan
- aparigraha menjalani pertapaan dan tidak terikat hati dengan segala benda duniawi
- anekāntavāda penolakan terhadap pandangan kebenaran dan hakikat yang nampak mudah serta bersifat condong ke sebelah pihak saja
Sekian, terima kasih.