Bahasa Pali Magadha

Berdasarkan kepada maklumat dari "Marathi, Bengali, Pali, Prakrit And Assamese Get Classical Language Status" oleh NDTV, bahasa Pali ialah sejenis bahasa dari kelompok Bahasa Indo Arya Pertengahan yang banyak sekali dipelajari orang sebagai bahasa suci untuk ajaran Buddha aliran Theravada. Janice Stargardt (2000) dalam "Tracing Thoughts Through Things: The Oldest Pali Texts and the Early Buddhist Archeology of India and Burma" terbitan Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences pada muka surat 25 menyebut bahawa Bahasa Pali menjadi bahasa yang digunakan bagi menyebarkan Tripitaka. Selain itu, Bahasa Pali diangkat menjadi bahasa klasik oleh kerajaan Republik India pada 3 Oktober 2024.

Rujukan