Sejarah Perubatan Siddha

Perubatan Siddha ini adalah sistem rawatan tradisional yang berkembang di India Selatan bertarikh sehingga abad ke-3 SM di Tamadun Lembah Indus atau lebih awal lagi. Menurut sastera purba Siddha, dikatakan bahawa sistem perubatan ini diturunkan oleh Batara Siva kepada Dewi Parvati. Selepas itu Dewi Parvati menurunkan ilmu ini kepada Sang Nandi yang mengajarinya kepada sembilan dewata.

Kebnayakan pengamal amalan perubatan Siddha ini terlatih secara tradisional. Mereka biasanya dilatih oleh ahli keluarga sendiri dan guru-guru. Apabila seorang guru itu menjadi guru seni pertahanan diri, maka dia pun akan dikenali sebagai ashan. Secara tradisinya, diajarkan bahawa para Siddha ini meletakkan asas bagi sistem perubatan ini pada zaman moden. Para Siddha ini merupakan pakar kerohanian yang memiliki ashta siddhi atau lapan kesempurnaan. Nandhisara dianggap sebagai Siddha pertama dan guru kepada semua Siddha yang ada di dunia.