Sejarah masakan India mengandungi masakan dari benua kecil India yang kaya dan bermacam-macam. Iklim India berbeza mengikut rantaunya, merentangi hutan hujan tropika sehingga ke pergunungan. Hal ini meluaskan lagi bentuk bahan yang sedia ada dalam penggunaan masakan di banyak sekolah masakan di India. Dalam kebanyakan hal, makanan menjadi identiti kepada kelompok agama dan kelompok sosial dengan kepelbagaian pantang serta keperluan, sebagai contoh satu cawangan daripada populasi penganut agama Jain tidak memakan makanan yang mengandungi akar tumbuhan atau tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah. Hal ini mendorong kepada penciptaan sumber makanan lain yang dianggap sebagai boleh diterima dalam agama mereka.
Salah satu pengaruh kuat ke atas makanan India ini adalah vegetarianisme atau makanan yang berasaskan sayuran sahaja dalam beberapa bahagian komuniti Hindu serta Jain. Kira-kira 31 peratus iaitu kurang daripada sepertiga daripada orang India mengamalkan vegetarianisme dalam kehidupan seharian mereka.