Proses Pengindiaan Kepulauan Asia Tenggara

Menurut laman sesawang dari rencana berjudul "Jejak Sejarah Kebudayaan India di Indonesia" terbitan Fakulti Kemanusiaan di Universiti Airlangga (2024), misteri asal tentang bermulanya kebudayaan India purba yang tersebar luas di kepulauan India atau Indonesia menjadi perbahasan menarik dalam kalangan masyarakat.

Semestinya, perjalanan masuknya kebudayaan India ke kepulauan India yang kebanyakannya merangkumi rantau negara moden Indonesia ini melalui satu rangkaian proses yang panjang pula. Sebelum pembahasan lebih jauh lagi mengenai proses kemasukan kebudayaan Buddha yang bercorak India di situ, penting sekali bagi kita memahami apakah ertinya istilah "budaya" itu sendiri. Kata "budaya" ini berasal dari dua rangkai kata bahasa Sanskrit iaitu "buddhi" dan "hrdaya" yang membawa maksud segala sesuatu yang berkaitan dengan budi dan akal nurani manusia. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan "budaya" ini dikenali sebagai "culture" yang diterbitkan dari bahasa Latin "colere" bermaksud olahan atau perbuatan. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, "budaya" mencakupi pikiran, akal budi, adat istiadat atau segala sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dan sulit lagi untuk diubah. Sementara itu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia) untuk bahasa Melayu memberikan dua makna kepada perkataan "budaya" iaitu tamadun atau peradaban dan kemajuan fikiran serta akal budi dalam sesuai masyarakat. Selain itu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Brunei) untuk bahasa Melayu di Borneo mentakrifkan "budaya" sebagai cara hidup, jati diri dan pembangunan masyarakat. Secara sederhananya, "budaya ini bolehlah diertikan sebagai pola atau kebiasaan yang terus dipertahankan dalam masyarakat.

Secara keseluruhannya, kebudayaan India purba masuk ke kepulauan India lalu memberikan pengaruh yang besar terutamanya sekali dalam bidang kesenian, kepercayaan, agama, politik dan sosial. Kewujudan kebudayaan India purba yang berbaur dengan kebudayaan tempatan, kepelbagaian budaya di kepulauan India pun menjadi semakin kaya lalu menarik perhatian dunia. Hal ini merupakan jejak sejarah yang tetap hidup dalam pelbagai ragam kebudayaan di Nusantara.