Dalam lingkungan agama-agama Hindu, pelbagai jenis sadhana atau disiplin rohani bertujuan untuk mengatas avidya atau kejahilan dan melangkaui penjatian jiwa dengan jasad, minda dan ego untuk mencapai moksha iaitu pembebasan daripada putaran kelahiran dan kematian.
Kepercayaan mengenai BhūtaBhūta dalam kepercayaan Hindu merujuk kepada makhluk ghaib khususnya hantu orang yang sudah meninggal dunia. Ia dibicarakan dalam budaya popular, sastera dan beberapa teks purba di benua kecil India. Tafsiran mengenai bagaimana bhūta ini wujud berbeza dari rantau ke rantau serta komuniti. Namun, hantu ini umumnya dianggap sebagai gelisah dan resah oleh kerana beberapa faktor yang menghalang mereka daripada maju ke fasa alam lain contohnya nirwana, alam sorga atau alam neraka bergantung kepada tradisi masing-masing. Kemunculan hantu ini boleh jadi disebabkan oleh kematian yang ganas, hal yang tidak beres semasa hayat mereka atau disebabkan oleh kegagalan keluarga atau waris menyempurnakan upacara terakhir bagi mereka.