Tantra ialah nama yang diberikan oleh sarjana kepada satu bentuk pertapaan dan upacara yang muncul di India tidak lewat daripada abad ke-5 M. Tantra ini mempengaruhi tradisi Hindu, Bon, Buddha dan Jain serta tersebar dengan ajaran Buddha ke Asia Timur dan Asia Tenggara.
Amalan tantra bertujuan untuk mencapai tahap melampaui biasa menerusi pengenalpastian biasa mikrokosme dan makrokosme. Ia bermatlamat untuk memperhalusi (berbanding menyangkal) hakikat. Pengamal tantra cuba menggunakan prana atau tenaga yang mengalir melalui alam semesta ke dalam badan seseorang bagi mencapai matlamat-matlamat yang boleh jadi berbentuk rohani, kebendaan atau kedua-duanya sekali. Amalan tantra termasuklah membayangkan dewata, mantra dan mandala. Ia juga boleh melibatkan amalan seperti seksual serta antinomian yang lain.