Warisan Tarumanagara

Tidak seperti penggantinya, kerajaan Sunda yang masih lagi diingati dalam Pantun Sunda, tradisi lisan Sunda tempatan, Tarumanagara telah pun dilupakan terus dalam ingatan penduduk tempatan di Jawa Barat. Hingga lewat abad ke-19 masihi, ahli arkeologi dan sejarawan akhirnya berjaya membaca prasasti yang ditemui berdekatan Buitenzorg (Bogor) dan Batavia (Jakarta).

Penemuan dan kajian mengenai prasasti Tarumanagara khususnya yang diterbitkan oleh baginda raja Purnavarman telah mendedahkan mengenai kewujudan kerajaan ini sebagai politi Hindu terawal di barat kepulauan India. Tarumanagara bersama dengan kerajaan Martadipura dan Kalingga diingati sebagai negara-negara perintis yang memulakan zaman bersejarah di negara moden Indonesia.

Tarumanagara khususnya penting sebagai identiti sejarah bagi kota Bekasi dan kawasan di sekitarnya kerana sejarawan tempatan percaya bahawa ibu kota Tarumanagara terletak di Bekasi atau di sekeliling kota Bekasi moden. Nama "Chandrabhaga" yang tersebut dalam prasasti Tarumanagara ini dipercayai adalah nama purba bagi kota Bekasi. Rencana "Jadi Ibu Kota Kerajaan Tarumanegara, Simak Sejarah Bekasi dari Zaman Kerajaan hingga Penjajahan - Pikiran Rakyat Bekasi" dari Pikiran Rakyat (2020) berasal dari perkataan Chandrabhaga bermaksud Sungai Bulan. Kemudian ia berubah ke Bhagasasi dan akhirnya berubah menjadi Bekasi seperti bentuknya sekarang.

Selain itu, kerajaan Tarumanagara juga dijadikan sebagai nama universiti iaitu Universiti Tarumanagara, universiti swasta yang terletak di Jakarta dan diasaskan pada tahun 1959.