Upacara Penyembahan

Shrikant Prasoon (2010) dalam Bab 2 - Vedang, Kalpa dari buku "Indian Scriptures" terbitan Pustak Mahal menyebut bahawa upacara khusus dan pengorbanan dalam agama Veda ini termasuklah antara lainnya seperti berikut iaitu:

  • Upacara Havir iaitu pengorbanan diberikan melalui api;
  • Pashubandhu atau pengorbanan haiwan tahunan;
  • Upacara Soma yang melibatkan herba ephendra;
  • Pengorbanan Rajasuya atau pertabalan raja;
  • Ashvamedha iaitu pengorbanan kuda untuk kesejahteraan negara;
  • Purushamedha;
  • Upacara dan Penangkal yang dirujuk dalam kitab Atharvaveda melibatkan amalan perubatan dan penyembuhan; dan
  • Gomedha iaitu pengorbanan lembu.
Upacara pembakaran mayat Hindu yang disebut dalam bahasa Bali sebagai pengabenan atau pelebon dalam bahasa halusnya telah disaksikan wujud sejak Zaman Rigveda. Dalam pada itu, budaya Kuburan H juga dikesan kewujudannya sejak awal lagi. Terdapat rujukan Rigveda lewat mengenai upacara menyeru nenek moyang "sama ada yang agnidagdha- (dibakar) dan anagnidagdha- (tidak dibakar)". (Rigveda 10.15.14).