Sembahan Lapan Unsur dan Tujuh Lambang Diraja

Seperti di masa lampau, dewi Prabhawati mempersembah cermin kepada sang Buddha Sakyamuni. Merubahnya menjadi bahan bertuah, dengan cara yang sama, di sini dan kini. Semoga dengan bahan dari cermin ini, segalanya menjadi bertuah kepada segala yang bernyawa, terutamanya tumpuan amalan ini, kami dan pelindung kami.

Cermin ini, menerusi samudra kebijaksanaan agung, dimurnikan menjadi yang kebijaksanaan tertinggi bak samudra dan fenomena, dalam kemurnian tersirat, dialami tanpa halangan. Menerusi tuah ini semoga segala kekaburan itu dimurnikan.