Sastera bertarikh dari Zaman Veda dikarang dalam bahasa Sanskrit kitab suci Veda terdiri daripada empat Samhita Veda. Walau bagaimanapun, kitab Brahmana, Aranyaka dan sesetengah Upanishad yang lebih tua lagi turut dimasukkan dalam zaman ini.
Michael Witzel menyatakan bahawa sastera kitab kanun Veda mengandungi semua ayat yang "berasal dalam dan pernah digunakan oleh" aliran-aliran Veda. Kitab Veda merekodkan tatacara sembahyang yang dikaitkan dengan upacara dan pengorbanan. Kitab Veda pada awalnya dipelihara secara eksklusif menerusi pemindahan lisan dengan manuskrip terawal direkodkan ditemui di Nepal pada abad ke-11 M. Teks tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada kitab suci dalam Hinduisme terkini.
Siapakah yang benar-benar mengetahui?
Siapakah yang akan mengisytiharkannya di sini?
Bilakah ia dihasilkan? Bilakah pencitaan ini?
Dewata muncul selepasnya, dengan penciptaan alam semesta ini.
Makanya siapa yang mengetahui bilakah ia timbul?
- Nasadiya Sukta, Rigveda, 10:129-6
Rujukan yang boleh digunakan untuk hal di atas adalah dari Kenneth Kramer (1986) dalam "World Scriptures: An Introduction to Comparative Religions" terbitan Paulist Press muka surat 34ff; Upinder Singh (2008) "A History of Ancient and Early Medieval India: From the Stone Age to the 12th century" terbitan Pearson Education India; dan David Christian dalam "Maps of Time: An Introduction to Big History" terbitan University of California Press dalam muka surat 18ff.