Perayaan dalam Agama Buddha Aliran Theravada

Banyak sekali hari yang istimewa atau hari suci yang dibesarkan oleh penganut agama Buddha dalam setiap tahun. Kebanyakan hari ini memperingati tarikh-tarikh yang khusus dalam kalender Buddha. Salah satu hari suci yang terbesar sekali berlangsung setiap bulan Mei pada malam bulan purnama. Penganut agama Buddha di seluruh dunia merayakan tiga peristiwa penting iaitu kelahiran, pencerahan dan juga kemangkatan baginda Buddha lebih 2,500 tahun yang lalu. Peristiwa ini dikenalilah juga sebagai Hari Buddha.

Perayaan Buddha selalunya dirayakan dengan penuh kegembiraan oleh penganut. Biasanya pada hari perayaan ini, upasaka atau orang awam akan ke biara tempatan untuk menderma makanan kepada para bhiksu, mengangkat panchasila dan mendengar dharmawacana atau ceramah agama Buddha. Pada waktu tengah hari, mereka akan mengedarkan makanan kepada orang yang memerlukan untuk pengumpulan pahala dan pada petangnya mereka akan menyertai upacara daksina atau mengelilingi candi sebanyak tiga kali sebagai tanda hormat kepada tiga ratna iaitu Buddha, Dharma dan Sangha. Penutup harinya disertai dengan bacaan katha pada waktu petang. Bacaan katha ini mengandungi ajaran baginda Buddha dan juga samadhi.

Piama 

Piama Buddha di Asia Tenggara seperti di Thailand, Laos dan Kemboja mempunyai hari-hari suci yang khusus dalam tradisi Buddha tempatan di negara-negara ini. Terdapat dua aspek yang diambil kira apabila menentukan perayaan Buddha.

  • Kebanyakan penganut Buddha kecuali di negara Jepun menggunakan piama cendera.
  • Tarikh perayaan Buddha juga berbeza dari negara ke negara dan tradisi Buddha.        

Banyak sekali perayaan Buddha yang dirayakan di negara yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Buddha. Bagi negara yang mengamalkan aliran Theravadin seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Sri Lanka, mereka merayakan perayaan seperti berikut:

  • Perayaan Sankranti 
  • Hari Wesak
  • Magha Puja
  • Asadha Puja
  • Hari Uposatha
  • Hari Pavarana
  • Upacara Kathina
  • Hari Anapanasati
  • Hari Abhidhamma

Perayaan lain yang bersifat kerantauan boleh juga dirujuk dalam piama negara-negara yang berkenaan. Bagi rujukan lanjut mengenai perayaan Buddha ini, kita boleh juga membuat rujukan di halaman "Buddhist Festivals" dalam Buddhanet.