Pengenalan kepada Sistem Tulisan Bahasa Tamil

Selepas aksara Tamil Brahmi tidak digunakan lagi, bahasa Tamil ditulis menggunakan aksara yang digelar sebagai aksara Vaṭṭeḻuttu selain daripada aksara lain iaitu aksara Grantha dan Pallava.

Sistem tulisan bahasa Tamil kini terdiri daripada 12 aksara vokal, 18 aksara konsonan dan satu aksara khas disebut sebagai āytam. Vokal dan konsonan ini kemudia digabungkan lalu membentuk 216 aksara gabungan, menjadikan jumlah keseluruhan aksara sebanyak 247 aksara (12 + 18 + 1 (12 x 18)).

Semua konsonan mempunyai vokal asas a, sama seperti aksara dalam tulisan bentuk India yang lain. Vokal asas ini dibuang dengan penambahan tanda kecil yang disebut sebagai puḷḷi pada huruf konsonan. Contohnya, aksara ன ṉa dengan tambahan vokal asas a dimatikan vokal asasnya itu dengan puḷḷi seperti ini ன் n. Kebanyakan tulisan berbentuk India mempunyai tanda yang serupa disebut sebagai virama, tetapi aksara bahasa Tamil berbeza kerana hampir selalu menggunakan puḷḷi yang kelihatan untuk menunjukkan konsonan mati.

Dalam tulisan bentuk India lain seperti aksara bahasa Jawa atau bahasa Bali, mereka suka menggunakan bentuk ligatur atau bentuk separa bagi menulis suku kata atau gugusan yang mengandungi konsonan mati walaupun menulisnya dengan virama yang kelihatan boleh juga dibuat. Selain itu, aksara dalam tulisan Tamil tidak membezakan bunyi letupan bersuara dan tidak bersuara. Sebaliknya, bunyi letupan diucapkan dengan suara bergantung pada kedudukannya dalam perkataan, selaras dengan peraturan fonologi bahasa Tamil.