The Indian Medical Association atau Pertubuhan Perubatan India memandang bahawa ijazah perubatan Siddha sebagai "palsu" dan terapi Siddha ini sebagai amalan yang bersifat dakwaan sahaja. Hal ini dipandang sebagai membawa bahaya kepada kesihatan nasional kerana ketiadaan latihan perubatan yang berasaskan "sains". Yang Arif RK Agarwal pada 13 April 2018 dalam Pengadilan Mahkamah Tinggi India berkenaan kes Kerala Ayurveda Paramparya v. Negeri Kerala serta pengenalpastian pengamal perubatan palsu tanpa kelayakan menyatakan bahawa "penipu yang tidak berkelayakan dan tidak terlatih ini menampilkan risiko yang besar kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhannya dan bermain dengan nyawa orang ramai tanpa latihan asas serta pendidikan dalam sains dari institusi yang disahkan".
Di pedalaman India, golongan Siddha ini didakwa mempelajari kaedah rawatan tradisional menerusi hubungan guru-murid untuk menjadi "bomoh" tempatan. Golongan Siddha dalam kalangan kira-kira 400,000 bomoh tradisional yang mengamalkan perubatan di India iaitu dalam 57 peratus penjagaan kesihatan pedalaman. Pengamal Siddha percaya bahawa lima unsur asas seperti bumi, air, api, udara dan langit terkandung dalam makanan dan humour (cecair) dalam badan manusia. Selain itu, mereka percaya bahawa herba, sebatian dari haiwan dan bahan kimia tidak organik seperti sulfur serta merkuri boleh digunakan dalam terapi untuk merawat penyakit.
Kementerian Ayurveda, Yoga, Naturopati, Yunani, Siddha dan Homeopati, kerajaan India memperuntukkan undang-undang untuk latihan perubatan Siddha serta amalan perubatan tradisional lain yang dikelompokkan sebagai AYUSH itu. Pengamal perubatan jenis ini digelarkan sebagai Siddha atau Vaithiyar dalam bahasa Tamil serta mungkin menerima latihan rasmi dengan ijazah lanjutan seperti Ijazah dalam Perubatan Siddha dan Pembedahan (BSMS), Doktor Perubatan dan Siddha (MD) atau Doktor Falsafah (PhD). The Central Council of Indian Medicine atau Majlis Perubatan Utama India adalah merupakan badan berkanun yang diasaskan pada tahun 1971 di bawah AYUSH bertujuan untuk memantau pendidikan dalam bidang perubatan India pedalaman, termasuklah amalan perubatan Siddha ini.