Pengenalan kepada Masakan Tamil

Masakan Tamil dicirikan dengan penggunaan beras, kekacang, dan lentil bersama dengan aroma unik dan perasa yang dicapai melalui campuran rempah ratus seperti biji sawi, daun karapole, asam jawa, ketumbar, halia, bawang putih, serbuk cabai kering, kulit kayu manis, bunga cengkih, jintan manis, buah pelaga, buah pala, kelapa dan air mawar.

Etika makan tradisional Tamil adalah dengan makan di atas lantai, yang mana makanan disediakan di atas daun pisang, dan menggunakan tangan kanan untuk makan. Selepas makan, daun pisang akan diberikan kepada lembu atau kambing yang merayau-rayau di kawasan perumahan sebagai makanan mereka.

Satu hidangan yang disebut sebagai saapadu itu mengandungi nasi dengan lauk Tamil lain yang tipikal ditompokkan di atas daun pisang. Seorang Tamil yang tradisional akan makan dengan daun pisang sebagai pelapik makan kerana dipercayai rasa dan bau makanan akan menjadi lebih unik. Oleh kerana populariti produk besi tahan karat, maka pelapik makanan daun pisang pun mula digantikan dengan pinggan besi atau mangkuk besi kecil yang diisi dengan lauk pauk Tamil.

Selain itu, makanan Tamil juga diisi dalam mangkuk tingkat yang mana makanan ringan dimakan semasa waktu sarapan pagi atau waktu makan malam. Makanan berat dihidiangkan pada waktu makan tengah hari. Perkataan "kari" dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu pula diterbitkan dari perkataan bahasa Tamil yang bermaksud sesuatu yang menyerupai "sos" atau "kuah".