Bahasa Bengali menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan yang paling banyak dituturkan di negara Bangladesh. Sejumlah 98% orang Bangladesh menjadikan bahasa Bengali sebagai bahasa pertama mereka. Selain itu, ia menjadi bahasa kedua paling banyak penuturnya di India. Ia menjadi bahasa rasmi di negeri-negeri India seperti Bengal Barat, Tripura, dan Lembah Barak di negeri Assam.
Selain itu, ia menjadi bahasa rasmi kedua di negeri Jharkhand sejak September 2011. Ia menjadi bahasa paling banyak dituturkan di Pulau Andaman dan Nicobar di Teluk Bengal serta dituturkan oleh populasi yang signifikan juga di negeri India lain seperti Bihar, Arunachal Pradesh, Delhi, Chhattisgarh, Meghalaya, Mizoram, Nagaland, Odisha, and Uttarakhand. Bengali juga dituturkan oleh diaspora Bengali sama ada dari Bangladesh atau India Bengal di seluruh Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan rantau lain.
Bengali dikurniakan status sebagai bahasa klasik oleh pemerintah India pada 3 Oktober 2024. Ia menjadi bahasa kedua paling banyak dituturkan dan keempat paling maju perkembangannya di India, di belakang bahasa Hindi yang menduduki tempat pertama, Kashmiri di tempat kedua, dan Meitei (Manipuri) bersama Gujarati, di tempat ketiga, mengikut banci tahun 2011 di India.
Bahasa Bengali mempunyai sejarah perkembangan selama 1,400 tahun. Sastera Bengali, dengan sejarah kesusasteraannya yang berabad-abad itu, berkembang pesat semasa Zaman Kebangkitan Bahasa Bengali dan bangkit menjadi tradisi kesusasteraan yang pelbagai serta prolifik di Asia. Pergerakan bahasa Bengali dari tahun 1949 hingga tahun 1956 menuntut supaya bahasa Bengali diberikan status rasmi sebagai bahasa kebangsaan di Pakistan. Hal ini membangkitkan nasionalisme Bengali di Bengal Timur hingga membawa kepada pembentukan Bangladesh pada tahun 1971. Pada tahun 1999, UNESCO mengisytiharkan tarikh 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa sebagai menghormati pergerakan bahasa Bengali ini.
Rujukan mengenai bahasa Bengali boleh didapati dalam Wiktionary. Ia boleh digunakan untuk mengkaji etimologi sesuatu perkataan dalam bahasa Bengali.