Seperti yang diungkapkan oleh baginda Buddha dalam Empat Kebenaran Mulia, matlamat ajaran Buddha itu adalah untuk mengatasi dukkha atau kesengsaraan yang timbul dari ciri sebenar kehendak dan kejahilan termasuklah anicca atau ketidakabadian dan anatta atau ketiadaan nafsu.
Kebanyakan tradisi Buddha itu menekankan kepada mencakupi jiwa persendirian menerusi pencapaian Nirvana atau dengan mengikut jalan kebuddhaan lantas mengakhiri putaran kematian dan kelahiran semula.
Aliran-aliran Buddha pula berbeza tafsiran dalam jalan pembebasan jiwa, kepentingan terkait dan kekanunan yang diletakkan kepada pelbagai sastera Buddha serta ajaran khusus dan amalannya. Amalan yang paling banyak sekali diamalkan termasuklah semadi, menjalani petunjuk akhlak, kezuhudan, mengambil suaka dalam Buddha, Dharma dan Samgha serta memupuk Paramita atau kesempurnaan dan kebajikan.
Dua cawangan terbesar ajaran Buddha yang umum sekali dikenalpasti oleh sarjana sebagai Theravada dan Mahayana. Theravada ini berkembang pesat di Sri Langka dan di negara di tanah besar Asia Tenggara seperti di Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja. Manakala, Mahayana dengan pelbagai tradisi seperti Dhyana, Sukhavati, Ekayana dan Mantrayana diamalkan di negara Asia Timur seperti Nepal, Bhutan, China, Jepun, Korea, Vietnam dan Taiwan.
Cawangan Vajrayana pula adalah sekelompok ajaran yang dikaitkan dengan pengamal mahir India. Ia boleh dilihat sebagai cawangan yang berasingan atau sebagai salah satu aspek dari cawangan Mahayana. Ajaran ini terpelihara dalam tradisi ajaran Buddha di Tibet sejak abad ke-8 masihi lagi. Ia diamalkan di beberapa negara Himalaya seperti di Nepal dan Bhutan serta di rantau seperti Mongolia, Kalmykia, Tibet dan beberapa bahagian di India.
Selain itu, ajaran Buddha pernah diamalkan secara meluas di Afghanistan dan Pakistan sehingga awal abad kedua sebelum masihi. Jejak ajaran Buddha terutamanya ajaran Buddha cawangan Mahayana boleh dikesan di kepulauan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filipina serta di negara di Laut Arab seperti Maldives dan di rantau Asia Tengah seperti di Uzbekistan.