Pan Pan

Entiti politik di Lembangan Sungai Chao Phraya dan Segenting Kra
sekitar abad ke-6 dan ke-7 M. Peta ihsan dari karya Thomson Walt. 

Dougald J. W. O'Reilly (2007) dalam Early Civilizations of Southeast Asia menyebut mengenai Pan Pan yang dikatakan sebagai sebuah kerajaan Hindu kecil dipercayai wujud sekitar abad ke-3 hingga abad ke-7 M. Ia dipercayai terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dengan pendapat berbeza-beza sama ada lokasinya terletak di Kelantan atau Terengganu dalam Malaysia moden hingga sekitar daerah Phunphin dalam wilayah Surat Thani di Thailand moden menurut kepada Joachim Schliesinger (2016) dalam Origin of Man in Southeast Asia 3 Volume 3: Indianization and the Temples of the Mainland; Part 3 Pre-Modern Thailand, Laos and Burma.

Menurut kitab China berjudul "Jiu Tang Shu", Pan Pan bersempadan dengan Langkasuka di selatannya dan di utaranya Tun Sun berhampiran dengan Segenting Kra. Jacq-Hergoualc'h membuat spekulasi bahawa sempadan itu mungkin terletak di selatan Nakhon Si Thammarat berkemungkinannya hampir dengan wilayah Songkhla.

Menurut Lawarence Palmer Briggs (195) dalam "The Khmer Empire and the Malay Peninsula", The Far Eastern Quarterly menyatakan bahawa selepas jiran utaranya, Tun Sun memperolehi kemerdekaan dari Funan dan menjadi Lang-chia atau Lang-ya hsiu pada akhir abad ke-5 M, bahagian selatannya menyertai Pan Pan pada abad ke-6 M manakala wilayah utaranya menjadi kerajaan Dvaravati. Selain dairpada itu, Pan Pan dispekulasikan berkaitan dengan kerajaan Patani yang menduduki kawasan yang sama berabad-abad kemudian dan mempunyai beberapa perbezaan dalam budaya dan bahasa dengan wilayah Melayu lain yang berdekatan.