Kebanyakan warganegara Malaysia yang berbangsa India ini adalah etnik yang bersusur galur dari pelbagai negeri di benua kecil India. Majoriti etnik India di Malaysia adalah dari India Selatan dan etnik India yang terbesar sekali di Malaysia adalah etnik Tamil dari negeri Tamil Nadu di India Selatan. Seterusnya, diikuti oleh kelompok etnik India Selatan lain yang lebih minoriti seperti etnik Malayali dari Kerala, Telugu dari Andhra Pradesh dan Kannadiga dari Karnataka.
- Pengenalan tentang Orang India Malaysia
- Sejarah Orang India di Malaysia
Warganegara Malaysia berbangsa India dari India Utara pula jumlahnya lebih sedikit berbanding dengan etnik Tamil dari India Selatan. Majoriti dari India Utara adalah etnik Punjabi dari negeri Punjab dan Haryana. Selebihnya yang lebih minoriti adalah etnik Gujarati dari negeri Gujarat, Bengali dari Bengal Barat dan Sindhi dari negeri Sindh yang kini berada dalam sempadan negara Pakistan.
- Pendidikan dalam Bahasa India di Malaysia
- Pengajian India di Malaysia
- Politik India di Malaysia
Maklumat lanjut boleh ditambah lagi bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai warganegara Malaysia yang berketurunan India.