Model Sintesis tentang Asal-Usul Yoga

Heinrich Zimmer yang menjadi pelopor kepada model ini membahaskan bahawa negeri timur di benua kecil India yang bukan penganut kitab suci Veda mempunyai tradisi mereka sendiri. Menurut Zimmer lagi, yoga adalah sebahagian daripada sistem bukan berasaskan kitab suci Veda yang merangkumi aliran Samkhya dalam falsafah Hindu, Jain dan Buddha: "Agama Jain tidak diterbitkan dari sumber Arya Brahman, namun memaparkan kosmologi dan antropologi kelompok atasan pra-Arya di barat laut India [Bihar] - berakar umbi pada cabang dasar spekulasi metafizik purba sebagai Yoga, Samkhya dan Buddha, sistem India bukan Veda yang lain." Richard Gombrich dan Geoffrey Samuel percaya bahawa gerakan shramana berasal dari Magadha Besar yang bukan menganuti ajaran Veda.

Thomas McEvilley pula menggemari model komposit di mana yoga prototaip pra-Arya wujud dalam zaman pra-Veda yang kemudian dipertajam lagi semasa zaman Veda. Menurut Gavin D. Flood, Upanishad pada dasarnya berbeza daripada tradisi ritual Veda dan menunjukkan pengaruh bukan Veda. Walau bagaimanapun, tradisi ini boleh dikaitkan dengan:

Pembahagian kelas yang dibuat untuk asal-usul yoga ini adalah terlalu ringkas, untuk kesinambungan yang boleh ditemui antara kezuhudan dan brahmanisme veda, sedangkan elemen dari ajaran bukan Brahman seperti tradisi Shraman juga memainkan peranan penting yang membentuk ideal kezuhudan dalam hidup. 

Tradisi zuhud di timur lembangan Ganges difikirkan timbul daripada amalan dan falsafah yang serupa, dengan konsep proto-samkhya mengenai purusha dan prakriti menjadi penentu yang sama bagi semua.