Model Linear tentang Asal-Usul Yoga

Menurut Edward Fitzpatrick Crangle, penyelidik Hindu menggemari teori linear yang cuba untuk "menafsirkan asal-usul dan perkembangan awal amalan renungan jiwa India sebagai perkembangan yang berlaku hasil dari kemunculan orang Arya di benua kecil India". Agama Hindu yang tradisional menganggap kitab suci Veda sebagai sumber kepada semua pengetahuan kerohanian. Edwin Bryant menulis bahawa penulis sejarah yang menyokong Aryanisme Asli di benua kecil India juga cenderung menyokong model ini.