![]() |
Makanan vegetarian biasanya dihidangkan semasa acara penting |
Masakan Andhra Pradesh dipunyai oleh dua rantau berbahasa Telugu iaitu Rayalaseema dan Pantai Andhra. Masakan ini dikenali juga sebagai masakan gaya Telugu. Makanan Telugu terkenal dengan penggunaan rempah ratusnya dan asam jawa.
Makanan laut banyak didapati di kawasan pantai di negeri Andhra Pradesh. Nasi menjadi makanan ruji di situ seperti juga di negeri-negeri India Selatan lain yang dimakan bersama dengan pappu (kacang), pulusu (gulai) dan sayuran pedas atau kari.
Di negeri Andhra, sayuran berdaun atau sayuran bentuk buah seperti labu air dan terung biasanya ditambah ke dalam dal. Acar juga menjadi bahagian terpenting dalam hidangan tempatan yang antaranya adalah acar yang berasaskan buah-buahan seperti avakaya dan maagaya, gongura (acar sayur sorrel), usirikaya (acar amla atau gooseberry), nimmakaya (acar limau) dan acar tomato.
Perugu atau yogurt merupakan tambahan perencah biasa dalam makanan sebagai cara untuk mengurangkan kepedasan. Sarapan pagi orang Telugu termasuklah dosa, pesarattu (dosa kacang hijau), vada dan idli.