Ajaran Buddha
Proses Indianisasi bukan sahaja mengubah banyak aspek kebudayaan dan politik, tetapi juga ia turut mengubah alam kerohanian yang mencetuskan Kebudayaan Utara yang bermula pada awal abad ke-14 masihi, terkenal dengan kejatuhan pantasnya di kerajaan-kerajaan di benua kecil India. Kejatuhan kerajaan Hindu dan timbulnya kerajaan Buddha membawa kepada penubuhan aliran Buddha Ortodoks Sinhala yang menjadi faktor utama kepada berhentinya proses Indianisasi. Sukhothai dan Sri Lanka menjadi watak utama dalam pembentukan pusat ajaran Buddha lantas menjadi lebih terkenal berbanding dengan tradisi Hindu.
Kebangkitan Islam
Cetusan ajaran Buddha bukan sahaja menjadi punca kemalapan proses Indianisasi Asia Tenggara, tetapi Islam juga menjadi penyebab kemalapan proses ini apabila ia mengambil alih pengaruh India pada pertengahan abad ke-13 masihi di kerajaan-kerajaan tradisional di Asia Tenggara. Proses kedatangan Islam di kerajaan tradisional Hindu-Brahmana itu juga berlangsung melalui perdagangan. Pedagang India yang menganuti agama Islam berdagang di serata Asia Tenggara. Selanjutnya, apabila perdagangan menjadi lebih tepu di rantau Asia Tenggara, yang mana proses India pernah berlangsung di situ, rantau itu mula dihuni oleh lebih ramai Muslim. Kawalan yang disebut sebagai kawalan Islam ini berlangsung di banyak pusat perdagangan sekitar Asia Tenggara, termasuklah di salah satu pusat perdagangan yang dominan iaitu, kota Melaka, yang sehingga itu menjadi pula pusat pelebaran proses Islamisasi di Asia Tenggara.