Rajarshi memberikan contoh kepada pemujaan dewi Kali kerana baginda mempunyai pelbagai rupa seperti Smashan-Kali, Bhadra-Kali, dan juga rupa-rupa dewi Kali yang boleh dipuja di rumah. Walau bagaimanapun, rupa dewi Kali seperti Smashan-Kali yang bermaksud dewi Kali yang bertapa di tapak pembakaran mayat tidak sesuai dipuja di rumah. Sama halnya dengan Aghora-Ganapati. Aspek dewa-dewi ini akan membawa bersama tenaga mereka ke rumah. Adakah kamu bersedia untuk menerimanya?
Contohnya, Smashan-Kali akan membawa tenaga di tapak pembakaran mayat ke rumah kamu. Adakah kamu boleh menerimanya? Analoginya, kamu mempunyai seorang kawan baik lalu menjemputnya tinggal denganmu di rumah namun dia adalah seorang yang liar dan bebas. Jadi, dia pasti akan mempunyai konflik dengan ahli keluarga kamu yang lain. Perumpamaan lainnya mungkin, kamu menjemput seekor harimau untuk tinggal di rumahmu, namun esoknya harimau itu menggigit seseorang atau seseorang yang datang ke rumahmu kemudian membelai harimau itu dan tersilap sedikit menyebabkan tangan atau kakinya hilang dibaham harimau. Hal ini adalah hal yang semulajadi, bukannya salah harimau itu.
Samalah keadannya dengan dewa yang berkesaktian begitu apabila dibawa ke rumah kamu, maka elemen yang persekitaran dari mana dewa itu dibawa masuk juga akan mengikutinya. Persoalannya, bolehkah kamu menguruskannya?