Kebudayaan India adalah warisan dari norma sosial dan teknologi yang berasal dari atau yang dikaitkan dengan benua kecil India yang beraneka ragam bahasa serta suku kaumnya dari zaman purba hinggalah pada tahun 1947 dan kemunculan Republik Kesatuan India pasca tahun 1947. Istilah ini turut terpakai di negara yang di luar dari negara India dan kebudayaan yang sejarah mereka berkait rapat dengan India sama ada melalui migrasi, penjajahan atau pengaruh, khususnya di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bahasa, agama, tarian, muzik, seni bina, makanan dan adat istiadat berbeza dari satu tempat ke satu tempat walaupun di dalam negara India itu sendiri.
Kebudayaan India, selalunya dilabelkan sebagai gabungan daripada pelbagai kebudayaan, telah dipengaruhi oleh perjalanan sejarah yang berusia ribuan tahun, bermula dari Tamadun Lembah Indus serta kawasan kebudayaan awalnya yang lain.
Banyak elemen dari kebudayaan India seperti agama-agama India, matematik, falsafah, makanan, bahasa, tarian, muzik dan filem memberikan pengaruh yang jelas dalam rantau Indosfera, lingkungan keindiaan, India Raya dan seluruh dunia. British Raj seterusnya mempengaruhi pula kebudayaan India menerusi penyebaran bahasa Inggeris yang meluas sehingga mewujudkan bahasa Inggeris India dan juga memperkembang dialek tempatan.
- Budaya Agama
- Falsafah
- Struktur Keluarga
- Perkahwinan
- Makanan dan Masakan
- Bahasa dan Kesusasteraan
- Seni Persembahan
- Seni Visual
- Seni Bina
- Seni Mempertahan Diri
- Media Hiburan
- Persepsi terhadap Kebudayaan India
Selain daripada itu, beberapa pusat pengajian di Eropah dan di luar dari India turut menyediakan kursus yang menjurus kepada kebudayaan di India.