Kebudayaan Buni di Jawa Barat

Peta Kebudayaan Buni oleh Gunawan Kartapranata (CC BY-SA 4.0)

Kebudayaan Buni ini merujuk kepada kebudayaan tembikar tanah liat yang berkembang di pantai utara Jawa Barat, Jakarta dan Banten sekitar 400 SM ke 100 M. Ia berkemungkinan berada di situ hinggalah ke 500 M. Budaya ini dinamakan sempena tapak arkeologi yang ditemui di Kampung Buni di Babelan, Bekasi di timur Jakarta.

Tembikar toreh dari Kebudayaan Buni di Jawa Barat.

Kebudayaan Buni ini dikenali kerana hiasannya berbentuk geometri yang ditoreh dan hakikat bahawa ia menghasilkan Indian Rouletted Wares (IRW) yang pertama direkodkan di Asia Tenggara. Tembikar tanah liat kemudian berkembang maju dan buktinya ditemui di Anyer sehingga ke Cirebon. Artifak seperti bekas makanan dan minuman dari 400 SM ke 100 M juga ditemui kebanyakannya sebagai sajian di tapak pengebumian.

Tembikar berpenutup.

Ciri-Ciri Kebudayaan Buni

Kendi dari Kebudayaan Buni.

Sesetengah pakar menjelaskan bahawa kebudayaan Buni ini dikenali juga sebagai kebudayaan Batawi purba. Ia juga mencadangkan bahawa budaya itu sendiri bermula sebagai satu komuniti prasejarah namun berkembang menjadi kebudayaan yang lain apabila ia berbaur dengan agama kepercayaan dari benua kecil India semasa abad ke-4 dan ke-5 masihi. Kedua-dua kebudayaan ini yang dipisahkan oleh jarak masa 100 ke 200 tahun, digambarkan dalam kompleks candi yang dibina di Batujaya dan sistem kompleks candi yang dibina kemudiannya. Kedua-dua kebudayaan ini boleh jadi tidak dilihat secara individu kerana kesinambungannya dalam masyarakat.

Tembikar tanah liat di Kebudayaan Buni ini menunjukkan persamaan dengan gaya tembikar di Sa Huynh di Vietnam dan rantau lain di Laut China Selatan serta gaya bahan tembikar yang ditemui di Plawangan, utara Jawa Tengah. Artifak tembikar yang ditemui adalah seperti pinggan tanah liat, periuk, kendi dan bahan-bahan kegunaan seharian.

Tinggalan zaman Megalitik juga turut ditemui yang antaranya seperti persembahan semasa upacar kematian batu tunggal (menhir) dan meja batu. Penduduk yang menyokong Kebudayaan Buni ini telah mengadakan hubungan perdagangan dengan orang asing. Hal ini ditunjukkan dengan kewujudan putaran tembikar gaya India (IRW) yang ditemui di Kobak Kendal dan Cibutak bertarikh dari abad pertama atau kedua masihi.

Kerajaan Tarumanagara dipercayai sebagai pengganti Kebudayaan Buni yang mungkin selepas penerimaan agama Hindu di situ. Hasil tinggalan tembikar Buni juga ditemui di Tapak Arkeologi Batujaya dan Tapak Kendaljaya di Karawang.