Vedisme dan Brahmanisme
Vedisme merujuk kepada bentuk lama bagi agama kitab suci Veda iaitu ketika suku kaum Indo Arya memasuki lembah Sungai Indus dalam pelbagai gelombang pada abad ke-2 SM. Manakala, brahmanisme pula merujuk kepada bentuk terkemudian agama ini pada zaman kitab suci Veda lewat di lembangan Ganges sekitar 1000 SM. Menurut Heesterman, "Ia dikenali sebagai brahmanisme secara longgarnya disebabkan oleh kepentingan keagamaan dan perundangan diletakkan ke atas golongan brahmana atau pendita dalam masyarakat. Semasa zaman kitab suci Veda lewat, kitab Brahmana dan juga Upanishad awal pun dihasilkan. Kedua-dua vedisme dan brahmanisme ini melihat kitab Veda sebagai kitab suci namun brahmanisme lebih terbuka dengan menjalinkan doktrin serta tema di luar kitab suci Veda ke dalam amalan seperti pemujaan di kuil, puja, samadhi, kezuhudan, vegetarianisme, peranan guru dan lain-lain elemen bukan Veda yang penting dalam kehidupan beragama seseorang Hindu itu.
Agama Hindu Purba dan Agama Hindu Veda
Selanjutnya, istilah agama Hindu purba dan agama Hindu kitab suci Veda juga digunakan apabila merujuk kepada agama kitab suci Veda purba.
Menurut Heinrich von Stietencron dalam penerbitan barat abad ke-19 menyebut bahawa agama Veda ini dipercayai berbeza daripada, atau tidak berkaitan langsung dengan agama Hindu kini. Sebaliknya, agama Hindu kini dipercayai dikaitkan dengan babad-babad Hindu serta kitab Purana menerusi marga yang berasaskan kepada purohita, tantra dan bhakti.
Sebagai tindak balas kepada penjajahan barat dan tindakan penginjil mazhab Protestan yang menyebarkan agama Kristian, pergerakan pembaharuan Hindu seperti Brahmo Samaj dan Neo Vedanta pun muncul pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 M. Pergerakan ini menolak hal yang dianggap "karut" dari agama Hindu kitab-kitab Purana. Mereka melihatnya sebagai penyimpangan daripada warisan kitab suci Veda serta menuntut supaya agama Hindu didasarkan semula kepada kitab suci Veda dan mengembalikan agama Hindu kepada agama Hindu purba asal yang "dibayangkan" sebagai rasional dan monoteistik setanding dengan agama Kristian mazhab Protestan.
Pada abad ke-20 M, kelompok Neo Hindu menekankan kepada akar Veda dan pemahaman yang lebih baik mengenai agama kitab suci Veda dan warisan bersama yang dikongsi sebagai ajaran nenek moyang kepada agama Hindu moden. Agama Veda dalam sejarah kini umumnya diterima sebagai penerus kepada agama Hindu moden, namun ia tidak lagi sama kerana bukti kesusasteraan mencadangkan bahawa wujudnya perbezaan besar antara kedua-duanya.
Hal yang di atas itu termasuklah kepercayaan selepas kematian yang kemudiannya berkembang menjadi konsep penjelmaan semula roh dan samsara. Namun begitu, tatkala "ia selalunya mengajarkan bahawa kemunculan agama Hindu dalam sejarah dikesan dalam permulaan awal abad Masihi," apabila "kecenderungan utama, elemen penting yang akan merangkumi tradisi Hindu, secara bersama terkumpul dalam satu kumpulan," maka sesetengah sarjana pun berpandangan bahawa istilah "Hinduisme" ini turut merangkumi vedisme dan brahmanisme, dalam tambahan kepada gabungan agama-agama baru lagi di dalamnya.