Etimologi India

A. India

Menurut Kamus Bahasa Inggeris Oxford (edisi ketiga 2009), nama "India" diterbitkan dari bahasa Latin klasik iaitu India, rujukan yang digunakan untuk Asia Selatan serta rantau misteri yang selanjutnya ke sebelah timur.

Seterusnya, nama India sebelumnya muncul dari bahasa Yunani-Helleni iaitu India. Bahasa Yunani purba menyebutnya sebagai Indos, bahasa Parsi lama menyebutnya Hindush (wilayah ke timur empayar Achaemen) dan seterusnya kognatnya dalam bahasa Sanskrit, disebut Sindhu, merujuk kepada Sungai Indus yang memberikan implikasi bahawa lembangan selatannya mempunyai penempatan manusia. Orang Yunani purba merujuk kepada orang India sebagai Indoi yang diterjemahkan sebagai warga Sungai Indus.   

B. Bharata

Istilah Bharata disebut dalam kedua-dua syair epik India dan juga Perlembagaan India. Ia digunakan dalam pelbagai bahasa India. Bharata menjadi sebutan moden kepada India yang asalnya merujuk kepada India Utara iaitu Bharatavarsha. Bharata mendapat sambutan sebagai rujukan asal kepada India menjelang pertengahan abad ke-19.

Selain itu, India turut dirujuk sebagai Hindustan dalam bahasa Parsi pertengahan. Ia terkenal digunakan sekitar abad ke-13 masihi dan digunakan secara meluas semasa zaman empayar Mughal. Maksud Hindustan ini berubah-ubah mengikut rantau yang sekarang ini terdiri daripada India utara moden dan Pakistan atau India bagi keseluruhannya.