Cari Gali Arkeologi di Pattani

Beberapa ekspedisi arkeologi telah dijalankan sekitar tahun 1960an untuk mengesan kedudukan kerajaan Langkasuka berikutan cadangan Paul Wheatley. Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai ekspedisi Cambridge bagi mengesan lokasi kedudukan Langkasuka dan Tambralinga. Butiran mengenai ekspedisi ini dijelaskan dalam buku berjudul The Naga King's Daughter.  

Satu penyelidikan arkeologi di kawasan Yarang bermula pada tahun 1989 dijalankan oleh Jabatan Seni Halus Thailand. Kebanyakan daripada runtuhan tertumpu di dalam kawasan dusun Ban Wat dan mungkin membentuk nukleus kota Langkasuka. Runtuhan lain pula terpecah ke Utara di Ban Jalae dan beberapa lagi di Ban Prawae. Penemuan cari gali pelbagai struktur penganut agama Buddha dan mata benda termasuklah kalam semah serta arca, menunjukkan kewujudan penganut Buddha yang ketara di kerajaan itu. Selain itu, bahan-bahan berkaitan dengan pemujaan Hindu juga ditemui di situ.

Di samping itu, banyak mata wang China dan Arab yang diperbuat daripada gangsa ditemui di rantau tersebut. Ia menunjukkan bahawa wujud aktiviti perdagangan di kerajaan itu. Selain daripada itu, mata wang dari dinasti Sasan di Iran moden juga ditemui.