Ayam Dhania

Resipi Ayam Dhania ini telah aku dapati dari belakang paket serbuk rempah yang aku beli di Red Tick. Ayam Dhania bermaksud Ayam Masak Ketumbar dikatakan berasal dari Kenya.

Bahan A

  • 1/4 daging ayam (250 g)
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar Baba's (9 g)
  • 2 sudu bawang putih dan halia dikisar (15 g)
  • 1/4 sudu kecil Serbuk Kunyit Baba's (0.5 g)
  • 1 cawan dadih atau yoghurt (150 g)
Bahan B

  • 8 sudu besar minyak masak (40 ml)
  • 1 sudu kecil biji ketumbar (2 g)
  • 2 hirisan bawang merah (80 g)
  • 1 tangkai daun kari (1 g)
  • 1 biji tomato dipotong dadu (50 g)
  • 1 sudu kecil Serbuk Cili Baba's (3 g)
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar Baba's (9 g)
Bahan C

  • 3 cili hijau dihiris (30 g)
  • 1 ikat daun ketumbar cincang (15 g)
  • 1 sudu kecil Rempah Garam Masala Baba's (3 g)
  • 1 sudu kecil jus limau
Cara Memasak

  • Perap ayam dengan bahan A selama 30 minit.
  • Tumis bahan B dan masukkan ayam, tutup dan masak dengan api yang perlahan.
  • Masukkan bahan C dan gaulkan sehingga sebati selama dua minit. 
  • Makanan siap dan boleh dihidangkan.

Maklumat yang lanjut boleh juga didapati dalam masukan, "Kenyan Coriander Chicken" dalam blog With a Glass.