Sistem politik dan sosial pra India di Asia Tenggara ditandai oleh kebebasan dari segi keturunan pemerintah. Sistem dewa Hindu membolehkan pemerintah mendapatkan kesetiaan, mengukuhkan politi kosmopolitan, dan menaikkan status pemerintah di Kemboja, Jawa, dan Champa ke status keturunan para dewa melalui gabungan pemujaan dewa Siva dan dewa Vishnu.
Hubungan antara kesucian tanah dan struktur sosial, adalah ciri merentasi sempadan dalam tradisi Hindu. Tradisi babad Mahabharata dan Ramayana meningkatkan lagi kesahihan pemerintah yang dikaitkan dengan dewa, yang berperang dan mengalahkan pendosa yang mengancam tatasusila dunia.
Tradisi Hindu tidak mempunyai pengasas yang khusus. Ia bukan satu kuasa penjajahan yang berpusat di benua kecil India mahu pun struktur birokratik. Oleh itu, kebebasan beragama yang relatif terletak pada pemerintah itu sendiri. Tradisi Hindu membenarkan pelbagai bentuk dewata, yang tertumpu kepada Trimurti, yang terdiri daripada dewa Brahma, dewa Vishnu, dan dewa Siva, yang bertanggungjawab dalam penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan jagat raya.
Kesan tradisi Hindu dan ajaran Buddha memberikan impak yang mendadak kepada banyak tamadun yang mendiami Asia Tenggara. Ia memberikan beberapa struktur hinggalah kepada tradisi bertulis dalam tamadun ini. Faktor terpenting bagi penyebaran dan penyesuaian agama-agama ini boleh dikesan hasil daripada sistem perdagangan pada abad ketiga dan keempat masihi. Dalam usaha menyebarkan pesanan penting dalam agama-agama ini, bhiksu Buddha dan pendanda Brahmana berganding bahu dengan kelompok pedagang bagi menyebarkan nilai kebudayaan, agama dan kepercayaan kepada penduduk di Asia Tenggara.
Bukti kemunculan model keagamaan India di sekitar delta Mekong boleh diperhatikan melalui komuniti-komuniti yang dilabelkan sebagai Funan. Rekod terawal iaitu prasasti berbahasa Sanskrit ditemui di Võ Cạnh, Nha Trang di wilayah Khánh Hòa di Vietnam. Prasasti yang dipahat mengandungi ajaran Buddha dalam tulisan dari India selatan serta berbahasa Sanskrit ditemui pada separuh awal abad ketiga masihi. Agama India jelasnya diserap oleh kebudayaan tempatan lalu membentuk kepelbagaian mereka yang tersendiri dari segi struktur yang mencerminkan ideal mereka sendiri.
Kerajaan seperti Champa, Dvaravati, Funan, Gangga Nagara, Kataha, Kalinga, Kutai, Langkasuka, Pagan, Pan Pan, Poni, dan Tarumanagara menerima pakai kosmologi Hindu serta upacaranya antara abad pertama hingga keempat masihi. Mereka juga mengamalkan konsep beraja dewa raja, serta mengamalkan penulisan rasmi dokumen kerajaan dalam bahasa Sanskrit. Walaupun berlaku integrasi asas kebudayaan, namun kerajaan ini semuanya bersifat autonomi, memerintah dengan kedaulatan mereka sendiri serta berfungsi secara bebas.